Thursday, April 9, 2015

Mari Berkenalan Dengan Basikal

Basikal. Suatu ciptaan kejuruteraan yang telah mengubah kehidupan manusia sebagai salah satu pengangkutan darat dan revolusinya tidak pernah berhenti dari masa ke semasa. Bagi sesetengh orang, basikal hanyalah pengangkutan biasa yang digunakan oleh golongan bawahan untuk bergerak tetapi tidak bagi sesetengah manusia yang menganggap ianya lebih dari pengangkutan. Bagi mereka basikal adalah kehidupan. Golongan yang mempunyai cinta yang mendalam pada kenderaan dua roda berkuasa manusia inilah yang kita gelarkan mereka sebagai CYCLIST. Tetapi mana nak timbul rasa cinta kalau kita tidak tahu apa itu basikal. Tak kenal maka tak cinta kan? Mari kita berkenalan dengan basikal.

Sejarah Basikal



1818:
- Barn Karl Von Drais dari German telah mencipta running machine
- Ianya tidak mempunyai pedal dan hanya mengunakan kaki seperti berjalan untuk menolak kehadapan


1860s:
- Boneshaker: basikal dua roda yang mempunyai pedal dan crank di tayar hadapan.
- Digelar sebagai bone shaker kerana ianya dicipta dari kayu dan menggunakan roda besi untuk melalui jalan yang dibina menggunakan bongkar batu (cobblestone street)
- Bayangkanlah bagaimana rasanya menunggang basikal dizaman itu. Bergoncang semua badan. Lol!

1870s:
- Basikal beroda tinggi dicipta dengan kerangka besi dan tayar getah.
- Pada era ini jugalah perkataan basikal (bicycle) mula digunakan.
- Tayar yang besar bertujuan agar basikal dapat bergerak lebih jauh hanya degan satu kayuhan.

1885:
- John Kemp Starely dari England telah mencipta "Rover Safety Bicycle" menggunakan rantai besi dan mempunyai dua saiz tayar yang sama.

1888:
- Tayar pneumatic telah dicipta oleh John Boyd Dunlop dari Ireland.
- Tayar getah yang diisi degan angin ini menghasilkan tunggangan yang lebih lancar berbanding dengan getah keras yang digunakan sebelumnya.

1920s:
- Basikal untuk kanak-kanak mula popular pada era ini.

1960s:
- Basikal lumba mula menjadi popular dengan dilengkapi handlebar melengkung, tayar lebih nipis dan berat basikal yang semakin ringanringan



1980s:
- Bermulanya era basika lasak (bmx) dan juga mountain bike.

1996:
- Perlumbaan mountain bike mula diperkenalkan di sukan Olympic Atlanta



Revolusi basikal tidak pernah berhenti. Kalau nak senaraikan satu persatu boleh juling mata dibuatnya. Tetapi jauh di lubuk hati kami adalah ingin melihat Malaysia mampu bersama dalam mengembangkan revolusi pengangkutan ini malah menjadi pengeluar basikal bertaraf dunia.

Teruskan berkayuh dan jumpa lagi di update seterusnya. Peace!




1 comment:

  1. Saya berminat dgn racing bike mcm menarik..nak tanya brape ye kos minimum untk basic equipment untk basikal shj..siap ade gear sesuai untk sprint,climber..basic one sebagai permulaan,teringin pula nak kayuh basikal jauh2

    ReplyDelete